Assalamualaikum...
kalau tauhu bergedil tu dah biasa sgt
kan....apa kata kali ni kita cuba buat TAUHU BERLAUK plk..nk
lagi best..kita tambah MOZARELLA CHEESE...skang kan semua nya nk
hipsters...apa² mesti nk letak cheese
kan....
sebelum ni dah penah cuba
resepi tauhu berlauk, tp sy guna tauhu biasa yg petak tu,cuma bila dh kukus,
tekstur dia padat & kurang lembut,tp kali ni, sy cuba resepi yg gunakan
tauhu jepun..tekstur dia lembut sgt....
jom kita tgk
resepi...resepi ni pon sy tgk di website RASA..saya dah cuba resepi ni dan olah
sedikit.
RESEPI
TAUHU BERLAUK
Kredit : Zie Aries
Dicuba & diolah :Yanz Pnut
BAHAN-BAHAN:
- 5 paket tofu telur – dipotong
- 2 keping tauhu lembut jepun – dipotong
- 5 biji telur
- 2 biji bawang besar – cincang halus
- 2-3 biji cili merah – hiris halus
- 1-2 pokok daun bawang – hiris halus
- 1 -2 pokok daun sup – hiris halus
- 1/2 biji carrot - cincang halus
- 2 sdb bawang goreng
- Lada sulah secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
- 1 paket daging kisar - goreng tanpa minyak
- Mozarella cheese block – potong slice,sederhana,x nipis & x
tebal
CARA MEMASAK:
Goreng daging kisar dalam kuali tanpa
menggunakan minyak. Masak hingga kering. Ketepikan.
Satukan tofu telur, tauhu jepun dan telur
hingga halus. Tuang ke dalam bekas besar.
Masukkan daging, hirisan cili, bawang
besar, daun sup, daun bawang, lada sulah, serbuk lada hitam, garam dan perasa
dengan secukupnya.
Gaul bahan kisar dan bahan-bahan yang lain
hingga sebati dan sekata.
Bahagikan adunan kepada 2
bahagian, ambil satu bahagian, tuang separuh kedalam loyang, susun cheese di
atas adunan td, kemudian tuang lebihan adunan td hingga menutupi cheese. Boleh
juga guna bekas plastic untuk microwave tu atau apa² acuan yg sesuai.
Kukus Tauhu Berlauk selama
20-25 minit atau sehingga masak. Sejukkan tauhu.
boleh frozenkan..ni dah boleh terus mkn tau klu xnak goreng... |
Setelah tauhu sejuk, celupkan Tauhu Berlauk tadi dalam telur yang telah dipukul.
Goreng Tauhu Berlauk hingga garing dan berwarna keemasan.
sedap cicah ngn sos....mkn saja pon sedap |
Angkat, toskan minyak dan sedia untuk
dinikmati.
taaraaa...tarik..tarik...jgn x tarik... |
No comments:
Post a Comment